IntroMengenal muslihat (tipu-daya) syaitan adalah perkara penting dalam hidup di dunia bagi memastikan manusia kembali ke syurga Allah dengan selamat. Alangkah ruginya hidup jika terjerumus dalam tipu daya syaitan, sedangkan syaitan menipu bukannya baru pertama kali, tetapi telah banyak kali dengan menggunakan taktik yang sama. Hanya manusia yang tidak membaca sunnah Allah akan mudah ditipu syaitan kerana syaitan hanya guna cara yang sama berulang-ulang.Apa itu tipu-daya syaitan?Dorongan yang menyebabkan manusia menentang perintah Allah.Kenapa syaitan menipu?Untuk memesongkan manusia daripada jalan yang lurus (iaitu jalan hidup yang memberi kebahagiaan) sehingga manusia itu terjerumus ke lembah yang hina. Kehinaan manusia dilihat daripada kebodohan mereka menurut tipu-daya syaitan biarpun syaitan hanya guna cara yang sama sahaja.Bagaimana syaitan menipu?Membisikkan janji-janji manis sehingga manusia terpesona dengan ajaran-ajaran dusta dan mula melanggari perintah Allah tanpa mereka sedari. Mereka mula menetapkan hukum mengikut kehendak hati mereka sendiri bukan lagi mematuhi apa yang Allah tetapkan.Taktik-taktik SyaitanRekod pertama syaitan menipu bermula dari kisah iblis enggan sujud kepada Adam.17:61. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, "Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?"17:62. Berkata, "Apakah pendapat Engkau? Yang ini Engkau memuliakan di atas aku - jika Engkau memberi tangguh kepadaku hingga Hari Kiamat, sungguh aku akan menguasai keturunannya, kecuali sedikit."Iblis asalnya malaikat. Kerana itu ia disuruh sujud kepada Adam bersama-sama malaikat yang lain. Namun perasaan bangga dirinya lebih mulia berbanding Adam yang dicipta daripada tanah liat, telah menyebabkan dia engkar kepada Allah.Di sini kita nampak, syaitan membisik tipu daya dalam hati supaya tuan punya diri itu merasakan dirinya mulia dan mula menjatuhkan hukuman terhadap orang lain. Macam kisah orang kafir terdahulu, kerana merasakan diri mereka mulia, mereka mula menjatuhkan hukum bahawa para Rasul mereka sesat, tukang sihir dan pendusta walhal urusan menjatuhkan hukuman terhadap akidah orang lain adalah urusan Allah. Hanya orang yang perasan dirinya mulia sahaja akan menghukum orang lain hina.# Taktik 1: Syaitan menipu manusia itu agar manusia itu bertindak di luar bidang kuasa mereka untuk menjatuhkan hukum terhadap akidah orang lain. Dengan tipuan semudah itu, maka manusia tersebut telah menyekutukan Allah kerana beranggapan dirinya setara dengan Allah untuk menghukum mana-mana individu.
7:19. "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang zalim."7:20. Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan."7:21. Dan ia bersumpah kepada mereka, "Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat."Untuk menyebabkan manusia melanggar perintah Allah, syaitan sekadar menggula-gulakan Adam dan isterinya dengan mengatakan Allah melarang mereka dari pokok tersebut kerana kononnya Allah hendak jadikan Adam seperti malaikat-malaikat atau makhluk yang hidup berkekalan.Walhal kalau difikirkan secara logik, para malaikat pun disuruh sujud kepada Adam, jadi kenapa pula Adam perlu dijadikan malaikat? Di situ sahaja, hujah syaitan itu sudah lemah.Dan larangan Allah itu tidak berkaitan dengan pun dengan hidup yang kekal atau tidak kerana baik manusia itu mematuhi atau mengengkari larangan Allah, masing-masing dapat balasan yang berkekalan. Bezanya, yang mematuhi perintah Allah, akan hidup kekal di syurga dan yang mengengkari Allah akan hidup kekal di neraka.Di sini kita nampak, bisikan syaitan tidak bersandarkan logik, melainkan sekadar kata-kata pujuk rayu untuk menipu manusia. Jika manusia tidak berhati-hati dan lalai berfikir panjang apabila datang bisikan di dalam hatinya, maka tertipulah dia. Kerana itulah Al Quran mengajak kita menggunakan akal supaya ia menjadi benteng jiwa daripada ditipu oleh syaitan.Dengan menggunakan logik, tidaklah kita tertipu dengan syaitan yang menggunakan taktik yang sama lebih 20 kali itu. Hanya manusia yang tidak mahu menggunakan akal lagi bengap sahaja mudah tertipu dengan gula-gula syaitan.# Taktik 2:Syaitan menipu manusia dengan ucapan yang kosong dan tidak bersandarkan logik. Hujahnya lemah dan mudah dipatahkan kerana ia hanya guna persangkaan sahaja. Ia hanya menabur janji-janji manis dan indah (walhal kosong) yang menyebabkan manusia yang tidak berfikir panjang mudah tertipu.
Thursday, March 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment